Monday, 3 March 2014

pesyen ke pesen ke fesyen?? =___=

bismillahirrahmanirrahim...

sewaktu menaip post ini, setinggi -tinggi syukur kepada Allah Rabbul Izzati, memberikan hidayah, kekuatan dan ilham untuk peringatan diri sendiri..semoga bila dibaca semula kelak, akan ada sesuatu yang mampu saya sendiri pelajari daripada ilhamNYA...

apa yang saya tahu, saya ingin ajak.. terutama diri sendiri yang lemah lagi longlai ni..

Mungkin , ada yang kata" ini semua poyo" je bila nak kupas isu family..anak pun tak de..entah -entah tak sempat.. Ye , saya sendiri tak tahu bila ajal tu akan tiba, namun sekurang-kurangnya takut menjadi terkilan sebab  tak bagi manfaat pada orang lain..mungkin pemberian yang mampu saya bagi terlalu sedikit, dan mungkin jika saya tak memberi sekali pun , akan ada tangan-tangan yang ingin memberi... tak pelah..fastabiqul khairat..

“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang berlaku”.

Nah,, kitalah generasi baru.. Gen Y.. yang selalu dicanang dan digebang-gebangkan...sebagai generasi yang dibesarkan dengan IT, bersikap tidak sabar dan berani mencuba..

Lihat sajelah kita di hadapan cermin..saya terutamanya..

-pakaian
- gadget
-bahasa bile borak
- isu bila borak
-bentuk pemikiran
-cara pengurusan masa
-pengurusan kewangan

saya sangat suka nak tekankan pasal pakaian..sebab bila saya cakap soal ni,, secara tak langsung , bende ni lah yang jadi peringatan untuk saya sendiri.. masa di Mesir dulu, saya suke tengok reaksi Pak Arab.. bkan direct or main jeling2 ok..hoho..cume perhati , apa yang mereka suka lihat..

Nak-nak , bila ade awek-awek arab pakai jubah ketat-ketat or terbelah - belah lalu depan diorang.. saya takkan pandang awek tu, tapi saya suka perhati lelaki yang berada di sekitar tu.. sama ada terus menerus memandang awek arab tu atau cepat-cepat mengalihkan pandangan..hmm.. tu lah nak cakapnya,, jarang saya perasan lelaki yang cepat-cepat kalih pandangan.. Sama jugak kat Malaysia.. takut nye bile perasan betapa bahaya nya wanita..



PAKAIAN..

manusia suka melihat sesuatu yang cantik dan menarik and
yeah..tak dapat dinafikan, fesyen gen y , mostly, macam tu lah. dabomb gitu...suka pada casual, ranggi , funky dan simple..
fesyen blocking colour dan sewaktu dengannya..bermula  daripada rambut, tudung, baju, seluar, skirt sampailah ke kasut...

dan kerana fesyen sangat berpengaruh dalam diri remaja.. pakaian / fesyen jugak boleh menjadi daya tarikan dalam dakwah.. asalkan memenuhi syariat dan tak berlebih-lebihan..

 ok.. tapi ,kalau cakap memenuhi syariat, agaknya apalah yang dapat difahamkan?? tutup kepala je ke?

seeloknya, mengikut syariat, bukan tertumpu pada menutup kepala, tapi sebenarnya, menutup keseluruhan aurat termasuk kaki dan kukunya sekali.. tapi , menutup kat sini lebih bermaksud, melonggarkan pakaian

syariat juga, perlulah menjaga maruah wanita yang berfesyen supaya tidak ada unsur berlebihan dalam bergaya memandangkan pesyen -pesyen tudung dan pakaian yang bermacam-macam boleh menjadi bahan untuk bertabarruj a.k.a berlebihan dalam fesyen..





fesyen yang  mengikut syariat juga, ialah melabuhkan apa yang perlu dan melonggarkan apa yang dituntut.. Ada ke yang tak perlu longgar kan?? NGEEE.. stokin je lah yang saya tahu..

, melonggarkan pakaian adalah untuk mengelakkan bentuk tubuh dilihat dan dibayangkan oleh lelaki...eleh, buudak lelaki okay je tengok..mengikut kajian, lelaki mudah di "stimulate" melalui pandangan..

dan kerana itu saya naqalkan satu kalam daripada arwah Abdullah Azahari, Pengerusi Cwgn, Ain Shams

"wanita menangis menutup mulut, manakala lelaki menangis menutup mata, seolah-olah mereka tahu dari mana punca dosa yang banyak itu datang "


Hmm,,, macam mana,,mungkin arwah ingin maksudkan bahawa kebanyakannya pandangan  menjadi penyumbang besar dosa kepada kaum lelaki..  fuhhhhh.. apa tidak nya...sekali pandang wanita tu, memang rezeki.. tapi kalau dah dua, tiga , kali atau tak berkelip memandang, itu lah dia panahan mata syaitan yang menemani... manakala mengumpat, mengutuk , memfitnah lebih banyak dipelopori kaum wanita.

Ada juga yang dah longgarkan baju, tapi,,tak menutup punggung dan menutup dada..ok ke jah??

pada pendapat saya, selagi tak tutup punggung tapi seluar yang dipakai tidak menampakkan bentuk punggung , ia tak menjadi masalah.. tapi, ada ke seluar yang tak nampak bentuk ? heh.. ada kot..maka , untuk mudah , pilih lah pakaian yang melepasi paras punggung..

begitu juga dengan dada,, menutup dada dengan baju memang dituntut..tapi kadang2 ada, kain baju yang bersifat lembut dan licin menampakkan bentuk tubuh  pada pandangan ajnabi(orang asing ).. hati2 ye dengan kain-kain yang macam ni..

mungkin lebih comel kalau ditutup dengan pashmina/ jacket/ cardigan (tp bukan yang elastic ye) / tudung itu sendiri untuk mengawal pandangan lelaki yang suka menjeling-jeling dengan sengaja..

pakaian yang cover aurat  juga, lebih memberi bermaksud bahawa pakaian yang kita pakai sebaiknya pakaian yang boleh kite terus gunakan untuk solat..

 berrmula daripada tudung, baju, handsock dan stokin sudah memadai untuk menjadi pakaian solat..

dan kerana kemuliaan fesyen seperti itulah, mak-mak arab tak pakai telekung untuk solat. (tapi x semua jugak) .hanya apa yang mereeka ada pada tubuh mereka itulah yang dibawa terus menghadap Allah..kerana mereka yakin sudah menutup aurat mereka.. OK, UNTUK KAKAK POWER RANGERS NI,, bagus tutup aurat,, cume keketatan baju begitu terserlah jah.. takut2 timbul fitnah pulak..

so how?? Islam tak de menghalang muslimat utk berfesyen..but some muslimat menyalahkan Islam bile nak berfesyen... Nauzubillah.. pucuk pangkalnya sebuah kehidupan, adalah kembali kepada Sunnah.. nescaya akan disayangi ALLAH.. allahu T_T