Monday, 25 November 2013

Bila Tiba Lembaga itu

bismillahirrahmanirrahim..

selamat membaca wahai hati..hati yang menaip perlu lebih ikhlas untuk memberi..doakan..semuga saya diberi kekuatan untuk sentiasa muhasabah diri..maaflah sepanjang pembacaan dalam blog ni, macam -macam penggunaan bahasa yang digunakan..rasa nak tergelak bila baca semula..aku, ambo, hamba, dan saya..entah-entah lepas ni apa pulak..

nantikan je lah..hari ini, hati tergerak bercerita tentang mati..hati ni nak bermuhasabah bila menaip depan skrin..sejak keluar dari sekolah, sudah beberapa orang yang saya kenal dan rapat pergi seorang demi seorang.. bermula dengan perginya arwah Tok Busu, yang merupakan adik kesayangan nenek saya dan menghidap astma.. Cikgu Norita yang mengajar saya Biologi since form 4-5 , dan arwah jugak rajin menghantar saya pulang ke rumah..Arwah menghidap diabetes. Disusuli perginya arwah Taufiq bin Othman, teman sekelas dan duduk di hadapan meja saya semasa di tingkatan 5 dahulu yang mengalami komplikasi paru-paru.. dan  Arwah Abdullah Azahari, Pengerusi Cawangan Ain Shams yang merupakan ketua saya sepanjang kami berada dalam kepimpinan.. Perginya beliau juga tanpa diduga seperti insan-insan yang saya kenali.. asbabnya kerana insiden di Malaysia...Allah, sungguh kematian yang Kau tulis di bukuMU amat misteri.. Dan saya terkesan dengan kematian seorang lagi saudara yang saya tak pernah kenal sebelum ini.. saudara Ahmad Ammar yang sebaya dengan saya.. Arwah dikatakan meninggal kerana dilanggar sebuah ambulan semasa mahu melintas jalan..

MasyaAllah,, insan-insan ini semua sudah melangkah ke satu alam lagi.. mereka sedang menanti aku dan sahabat-sahabat yang masih berbaki di dunia ini...Kita akan berkumpul di alam itu sehingga datangnya tiupan sangkakala yang pertama dan kedua. dan dari situlah saya, cikgu, Lah, Tok Busu, mak , ayah dan teman-teman yang aku kenal dan juga kamu akan dikumpulkan.. di kampung akhirat yang semestinya pasti.. malu nya nak bebricara soal ini..masih tak lengkap dengan ilmu dan amalan..

Pada saat ini, saya masih tergelak tawa dalan bergurau senda , menghabiskan masa ke arah perkara yang syubhah, menggunakan harta yang tak seberapa kepada benda yang tidak pasti tujunya..malu...ingatkanlah saya bila saya terlupa..dan saya sebagai manusia sering lupa bila gembira..

mengenangkan masa yang berbaki tinggal sedikit, komitmen kehidupan dunia yang semakin bertambah membuatkan diri ini tertanya-tanya bagaimana amalan menuju akhirat.. ibarat perjalanan seorang anak kecil menuju ke kampung halaman ,,lalu singgah sekejap di RNR untuk melepaskan lelah dan bermain di taman permainan..Adakah diri ini mahu terus bermain di taman yang penuh keseronokan, atau menyedarkan bahawa taman itu bukan lah tujuan yang menjadi keutamaan..pulang ke kampung halaman itulah yang semestinya diri ini  fokuskan..



Insan-insan yang pergi , yang saya kenali, membawa kebaikan bersama mereka..mereka meninggalkan dunia dengan setenang-tenangnya.di mana penduduk bumi yang mengenali mereka mendoakan dan menyayngi mereka...insyaALLAH..mereke tidak lupa membawa bersama perjuangan, keihklasan, ketaqwaan dan kesungguhan untuk berdepan dengan Tuhan.. Mereka jugalah insan yang memberi manfaat kepada masyarakat seperti yang selalu Rasulullah tekankan..Membawa panji Islam dengan izzah dan kebanggaan... Tidak malu mengaku Islam tetapi tetap tunduk di tikar sejadah yg disulam...

Semuanya membuat diri ini lagi terpaku, dan tak tahu bagaiman pengakhirannya..Saya teringat kata-kata seorang Muslim warga Bangladesh..

" Dunia ini bukan tempat tinggal, tapi tempat meninggal"..

Allah..terlupa rupanya diri ini.. memang benarlah jiwanya hidup dengan mengingati mati..

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka, dan sungguh kampung akhirat iti lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kalian memahaminya?” (QS. Al An’am 32)


hakikatnya, perjalanan hidup ini, bukan semakin jauuh, tetapi semakin dekat lembaga itu yakni malaikat maut mengejar diri..apakah dia amalan yang mampu saya bawa, amalan  sampai ke mati..saya teringat kalam seorang ustaz, 

"walaupun sekecil mana ibadah kamu, istiqamah lah, ia lebih baik daripada berlebih-lebih hanya pada suatu masa...yang sejujurnya carilah ikhlas.."

Mungkin selepas ini giliran saya, atau ahli keluarga, sahabat, guru dan sesiapa sahaja.... Kerana masa yang berbaki sangat suntuk, moga diri ini lebih kuat mengejar taqwa.. Fastabiqul khairat!!!!!

http://www.youtube.com/watch?v=3_wBhHLieuc


mati, tak bisa untuk kau hindari,
tak mungkin bisa engkau lari
ajalmu pasti menghampiri



#teringat lagu UNGU : BILA TIBA.. sangat  menyentuh..biiznillah


No comments:

Post a Comment