tengok tajuk macam cerita lepas menonton cerita sedih je gamaknya..
sungguh dah lama tak sentuh blog ni..yang selalu ambe buat lalulalang kat blog orang lain..
mungkin ...adakah pintu hati nak mengajak semakin berkurang..hmm..monolog lah depan cermin mirah..
sedikit pengenalan tentang Mesir yang selalu disebut-sebut sebagai Bumi Kinanah, Bumi Tarbiyah , Ummu Dunia dan segala waktu dengannya.. dan pengenalan memang x lah sesuai dengan skema jawapan yang anda harap-harapkan... hanya sekadar perkongsian dari kaca mata ambe yang dah tinggi power nye..
jika dilihat Mesir, maka akan timbul beberapa perspektif di kotak pemikiran ambe.. Melihatkannya sebagai tempat yang dikelilingi banyak ulama.. Yang mana tiang di bumi itu dikuatkan dengan Al-Azhar, darahnya dialiri Sungai Nil, dagingnya pada Sahara, wangiannya adalah haruman Syuhada' di Bahnasa, dan banyak lagi yang ambe sendiri tak kesampaian nak meneroka.Allahurabbi. rindu sangat rupanya ambe ni..
1) Bumi Tarbiyah
honestly, Mesir adalah negara yang tak semaju Malaysia, tak de traffic light, garisan putih di atas jalan raya, polis yang berwibawa, bas ekspress dan bullet train..erkk..=.=
tapi kerana kekurangan ni lah, rakyatnya bertindak dengan kreatif dan tenang.. jalan raya yang sesak dan sikap pemandu kat Mesir yang boleh mengalahkan drifter2 hebat jarang sekali mengundang kemalangan.. macam ada chemistry antara bas, tut tut, motor , kereta dan tremko. Yang kecil akan dahulukan yang besar untuk lalu..ahh..kalau Malaysia,
" hang kecik ke, hang besak ka, jalan ni tercipta untukku..nyah kau dari sini.."-pakcik one in a million
mostly lah, x kata semua.. sebab masih ada rakyat Malaysia yang ditarbiyah di Tanah Melayu dan mengamalkan nilai-nilai murni. Dek kerana kelajuan pemandu pengangkutan awam sperti tremko yang ada dalam gambar sebelah ni dan kesesakan jalan raya yang tak diundang, maka wujudlah perasaan dalam KEBANYAKAN penumpangnya perasaan sabar, dan kalau dah adapt, maka wujudlah rasa tenang berhadapan kesesakan dan kelajuan yang menikam jiwa ini..dan , jika dilihat pada sikap egyptian ni, yang uniknya, deme saling percaya mempercayai dan banyak toleransi..kalau nak bayar tambang tremko/bus pun, deme just minta orang yang duduk depan deme untuk pass kan duit kepada driver...even duit tu besar2 belaka..dan,, boleh dikatakan, lelaki Mesir ni banyak tolerate dengan orang perempuan bila naik bas..mostly, ladies first.. dan kalau dah terdesak berdiri jugak dalam bas sambil bawak barang banyak sangat,, makcik2 arab yang duduk pun boleh offer nak pegangkan plastik2 yang kita pegang...siap ikat lagi plastik tu supaya kita tak curiga..hukhuk.
tapi, apa2 pun..berhati-hati sahajalah...yang baik memang wujud di mana2..Mesir dan Malaysia pun ada.. tapi, yang jahat jangan dilupa...kat Mesir pun ada..
ok ni cuma satu contoh tarbiyah2 halus yang wujud di tanah arab ni..nak cari kat Malaysia.. ada je..naik lah LRT/ERL /train pada waktu2 peak..sangat mengagumkan..dan pengisian hati untuk jadii penyabar dan tenang, anda sendirilah yang menciptanya..
2) Gedung Ilmu dan Kain
sapa yang tak pernah dengan Al-Azhar..jarang rasanya tak pernah.. at least dengan nama orang Azhar pun jadilah..*mcm desperate jek..
fokus utama mungkin dilihat pada ulama'2 Azhar yang giat mengadakan majlis ilmu di masjid tu..dan kalau ditanya apa istimewa sangat masjid tu..
- Universiti tertua di seluruh dunia
-kerana kedudukan nya di mesir yang strategik, maka jadilah ia pusat ilmu para masyaikh
-struktur macam Masjidil Haram sebab tiada bumbung di tengah2 nya
-bermacam2 kelas talaqqi free bersama Ulama'2 yang faqih bermula dari pagi sampai malam
-terdapat ulama-ulama besar yan membawa ilmu turun temurun daripada zaman Nabi Muhammad S.A.W
haa, itu semua free..dan sangat beruntung sapa yang faham arab..boleh dapat catch up cepat sikit daripada ambe..itu baru iilmu agama.. jika dibincangkan pula ilmu perubatan di sini, memang tak habis rasanya..tapi hakikatnya, sekolah2 perubatan di Mesir akan memilih doktor2 daripada setiap department universiti mereka untuk menulis sendiri buku2 rujukan untuk pelajar..macam buku sekolah gitu..
dan penyampaian dalam buku mereka lebih "straight to the point" dan agak detail..memang Mesir suka ilmu2 teori..dan kalau nak tajamkan praktikal, hospital2 di Mesir memang banyak pesakit..kalau dah klinikal year, just datang je hospital dan rebut peluang yang ada.. Ini , apa yang ambe dengar daripada senpai2 yang cerita.
jika dikatakan graduan Mesir tak pandai ilmu praktikal, bukan universiti yang salah fully 100% kerana hakikatnya di Mesir, lepas tamat je belajar 6 tahun setengah, ada lagi satu peringkat yang dipanggil Imtiyaz ..yang mana macam housemanship kat Malaysia lah..graduan yang memang orang mesir, deme akan tajamkan praktikal deme time tu..dan dah jadi sistem di sana untuk melatih para doktor pada fasa tu.. agak contradict lah jika dibandingkan di Malaysia..
Kain..kain...
oh lupa pulak melanjutkan cerita kain yang ada di Tanah Arab ni.. bagi ambe, kualiti nya bagus2.. sebab Mesir antara negara pengeluar kapas yang terbesar di dunia.. Cuma sapa2 yang memang dah jadi hardcore shopping, tau lah deme nak cari kain2 ni kat mana..
Antara kelebihan:
-macam fesyen boleh ditemui
-harga yang berpatutan dan 2,3 kali lebih murah kalau beli di Malaysia
-boleh ruunding harga
-banyak pilihan
antara cabaran shopping kat sini:
-bersedia untuk berdebat dengan penjual (yg ni memang kene arab jugaklah)
-saiz pakaian yang dijual besar sebab mak2 and pak2 arab bersaiz double daripada kita
-perlu banyak berjalan
-perlukan bekalan minuman yang mencukupi
-perlukan kesabaran
jadi , bolehlah timbang tara nak shopping kat mana..ambe ni pun , setahun sekali je beli kain2 ni semua. tu pun sebab nak bawak balik ke Malaysia..hukhuk..tak sanggupp..
Sedikit sangat perkongsian yang ambe dapat lihat denggan mata kepala sendiri..banyak lagi sebenarnye syarahnya kalau orang2 yang dah pro...buat sahabat2 yang memang dah berada di Tanah Arab tu, jangan lepaskan peluang yang dah ada di depan mata.. selagi masih berada ditempat tu, tak de istilah terlambat untuk grab.. tapi kalau dah tak de..haaa...berat nanang lah.. memang dah terlambat kalau tak dapat buat..hukhuk
Yang menetap di Tanah Melayu pun, x perlu jealous sampai meroyan nak pergi Mesir, tarbiyah dan ilmu itu Allah dah susun cantik2 untuk kita.kalau x dapat mengaji di Al-Azhar, Ustaz Azhar Idrus sedia menemani....memang Mesir tu Allah beri obviously buat hambaNYA yang berfikir...tapi di Malaysia jugak, lagi halus nano pico agaknya..bak kata doktor Muhaya, perlu bersihkan mata hati untuk mendapatkan hidayah Ilahi..I.allah, moga saling melengkapi.. yang balik dari Mesir mengajar pada yang tak dapat merasa.. Dan yang menetap di Malaysia membimbing apa yang dari Mesir tak pernah jumpa..Moga yang diajar itu , yang baik2 untuk dekat padaNYA...
"MOGA SETIAP PERBEZAAN MEMBUATKAN KITA INGIN MENGENAL DAN MENGEJAR KETAQWAAN YANG TINGGI PADA TUHAN'-pakcik one in a million ^__^
doakan ummat Islam di seluruh dunia..





No comments:
Post a Comment